Kepentingan Sistem Ekonomi Islam Terhadap Masyarakat

Islam merupakan tatanan hidup paling lengkap diatas permukaan bumi Allah dan agama yang mengedepakan keyakinan dan pembuktian logika atas semua ajarannya. Sebagaimana tersebut dalam Alquran bahwa  Manusia diturunkan sebagai khalifah ke muka bumi ini,  mengatur  dan memakmurkan bumi ini dengan mengikuti peraturan dan kehendak yang telah ditetapkan oleh Pencipta Alam ini. Segala apa yang berlaku di bumi ini adalah mengikut aturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Namun begitu, ada dikalangan manusia yang

sering melanggar peraturan dan ketetapan ini hingga sampai merosakkan bumi mengikut hawa nafsu mereka. Segala kegiatan perekonomian yang berlaku di dunia ini juga mengikut ketetapan dari Ilahi. Segala harta yang ada pada manusia adalah anugerah dari Yang Maha Kuasa. Manusia dipinjamkan sedikit sahaja harta di dunia untuk dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Setiap harta yang dimiliki ini akhirnya akan dihitung dan disoal oleh Allah SWT kelak untuk dipertanggungjawabkan.
 Kegiatan perekonomian amat penting untuk membawa manusia kepada satu tatanan yang teratur. Ekonomi  adalah salah satu bidang ilmu sosial yang membahas dan mempelajari tentang kegiatan manusia berkaitan langsung dengan distribusi, konsumsi dan produksi pada barang dan jasa.
Sistem Ekonomi yang dipakai oleh kebanyakan masyarakat di zaman ini adalah sistem yang tidak berazaskan syariat Islam iaitu sistem ekonomi konvensional ataupun lebih dikenali dengan nama sistem Kapitalis. Terdapat berbagai sistem yang tidak mengikuti syariat seperti sosialisme dan komunisme. Sistem kapitalis inilah yang paling meluas di gunakan pada masa kini. Sistem ekonomi ini juga dikenali sebagai sistem perusahaan bebas. Melalui sistem ini, setiap individu adalah berhak untuk menggunakan dan mengawal barang-barang ekonomi yang diperolehinya, mencegah orang lain daripada menggunakan barang itu dan memutuskan bagaimana barang-barang itu perlu digunakan selepas kematian. Di dalam hal ini, setiap individu maupun organisasi adalah bebas untuk menggunakan cara apa saja untuk mencapai keuntungan.
 Sebelum ini telah dinyatakan berkenaan pemahaman asas mengenai ekonomi dan salah satu sistem yang digunakan pada masa kini iaitu sistem Kapitalis. Adakah tidak ada sistem lain yang patut digunakan atau diamalkan? Kita telah diajarkan dengan berbagain pengajaran yang berlandaskan  Al-Quran dan As-Sunnah. Umat  Islam dilahirkan ke dunia ini adalah untuk memakmurkan muka bumi  dengan mengikut segala batas dan peraturan yang telah ditetapkan dan Allah telah menetapi nilai-nilai murni dalam masyarakat.
Pada zaman Rasulullah SAW, baginda telah melaksanakan sistem ekonomi Islam untuk membangunkan kejayaan Islam pada masa itu. Sistem ekonomi Islam yang telah diajarakan rasulullah telah menjatuhkan sistem-sistem lain yang digunakan oleh kebanyakannya menindas manusia dan hanya menguntungkan golongan-golongan tertentu saja.
 Ekonomi Islam adalah satu ilmu yang mempelajari perilaku ekonomi manusia yang diatur berdasarkan syariat Islam yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah serta didasari dengan keimanan. Selain daripa sistem yang mengikut syariat Islam, pengamaalnya sendiri mestilah mereka yang mempunyai integriti,kredibiliti, keimanan dan ketakwaan yang tinggi. Tuntutan untuk melaksanakan ekonomi mengikut ajaran Islam adalah sangat penting kerana Islam adalah cara hidup bagi umat manusia yang menyatukan kehendak-kehendak kebendaan dan rohani manusia. Dua tokoh penting yang sering disebut sebagai bapa ekonomi Islam ialah Ibnu Taymiyah (1262-1328 masihi) dan Ibnu Khaldun (1332-1406 masihi)
 Dalam Alquran dan hadits-hadits Nabi banyak sekali terdapat azas-azas ekonomi keislaman,
Asas-asas ekonomi Islam terkandung di dalam Al-Quran dan juga As-Sunnah Rasullullah SAW. Dari  sumber-sumber inilah para ulama’ dan ahli ekonomi Islam telah mengeluarkan dan  beberapa prinsip penting di dalam sistem ekonomi Islam. Prinsip-prinsip utama telah di rumus seperti berikut:
1.    Kesatuan (unity)
2.    Keseimbangan (equilibrium)
3.    Kebebasan (free will)
4.    Tanggungjawab (responsibility)
Islam amat menitik berat soal keadilan dalam semua perkara, dengan mengharamkan segala bentuk penindasan, amalan riba, penipuan, sogok, monopoli yang tidak seimbang, manipulasi pasar dan segala bentuk penyelewengan atau perkara-perkara yang menzalimi dan merugikan pihak-pihak tertentu. Allah telah berfirman di dalam Al-Quran Surah An-Nisa’ ayat 29 yang artinya
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang Berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. dan janganlah kamu membunuh dirimu[1] Sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.
Salah satu cara yang terbaik untuk diamalkan oleh masyarakat Islam untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi ialah melalui bidang perdagangan (jual-beli). Pelaksanaannya perdagangan haruslah mengikut batas-batas syariat dan juga mengikut acuan sistem ekonomi Islam. Nabi SAW pernah bersabda:
 “ Sembilan persepuluh punca rezeki itu adalah melalui bidang perniagaan.” ( Riwayat Abu said bin Mansur)
Ekonomi Islam dapat melengkapi keperluan dan kehendak bagi memenuhi kemaslahatan masyarakat. Hasil yang diperolehi dapat menjadi ekonomi sebuah masyarakat, negara ataupun organisasi. Allah telah menjadikan bumi ini tempat untuk manusia berusaha dan mengeksploitasi segala sumbernya. Sumber-sumber seperti petroleum, gas, peternakan, pertanian, semua hasil bumi dan pelbagai sumber lain yang diperolehi mestilah digunakan dan disalurkan dengan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Penggunaan sumber-sumber ini adalah salah satu dari pada proses pelaksanaan dan pembangunan ekonomi.
 Banyak manfaat dan kelebihan yang masyarakat akan dapat nikmati melalui pengamalan sistem ekonomi Islam dan seterusnya mengesampingkan sistem konvensional yang menindas masyarakat dan cuma menguntungkan pihak-pihak tertentu sahaja. Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam bagi melaksanakan dan menjalankan kegiatan ekonomi berteraskan syariat Islam dan dapat menunjukkan bahawa Islam ini sebagai satu cara hidup yang terbaik untuk manusia.
 Melaksanakan sistem ekonomi Islam adalah salah satu tuntutan dalam syariat Islam. Ianya sangat penting bagi meningkatkan sosio ekonomi umat Islam khususnya dan umat manusia umumnya. Dengan terlaksananya sistem ekonomi Islam, maka kehidupan manusia akan lebih tersusun dan terjamin tanpa ada  penindasan dari pihak yang tidak bertanggungjawab. Islam akan menjamin kehidupan umat Islam dan juga bukan Islam. Oleh itu, marilah kita sama-sama melaksanakan tuntutan ini dengan membuat perubahan ke arah yang lebih baik dan betapa pentingnya untuk kita melaksanakan sistem ekonomi berteraskan tuntutan syariat.
Sumber http://www.jawhar.gov.my



[1]     Larangan membunuh diri sendiri mencakup juga larangan membunuh orang lain, sebab membunuh orang lain berarti membunuh diri sendiri, karena umat merupakan suatu kesatuan